Friday, June 7, 2013

Ramadhan di rumah atau di uia ?

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Nak reg short sem ke tak nak?
Macam tak best kalau tak ambil.
Tapi ada satu je pun subjek yg available.

Pastu belajar subjek tu untuk 3jam.
1jam 20 min pun rasa macam dah cukup lama
Untuk satu subjek. Ni kan lagi 3 jam ? Pergh~ 

Tapi boleh rasa Ramadhan uia ni.
Yang orang kata sangat meriah masjidnya.
Orang tidur/qiyamulail kat masjid
Sampai tak ada laluan nak jalan pun. 

Bila tanya mak.
'Kalau tak apa, tak amek. Tak payahlah.
Emi kan nak terawih kat sini'

Memang lah tak apa mak.
Tapi macam tak boleh je nak grad 3 tahun setengah.
Kena jugak 4 tahun. Mak. Lambatnya nak grad.
Nak kahwin. Eh. gurau.

Lagipun betul jugak cakap mak.
Terawih pertama bersama AJK masjid yg baru
Tak lah baru sangat, cumanya adalah pakcik2 yg dah tak ada.

Nak lah jugak perhati.
Kalau pakcik2 tu tak ada, masjid tu jadi apa.
Makin baik atau makin tidak baik.
Dah dengar dah khabar angin yang mengatakan
Certain surau tak nak bekerjasama dengan masjid.
Pergh~ sungguhlah pakcik.

PRU kan dah habis.
Apa kata lupakan sekejap pasal political views anda
dan kembali bertepuk tampar bersama.
Ewaah~

Dan kalau aku ada 24jam kat rumah.
Maybe aku boleh berkhidmat kembali
Entahlah. kalau tenaga aku masih diperlukan.

Berharap sangat cahaya2 keikhlasan yang pudar Ramadhan lepas
Kembali terang dan bersinar untuk Ramadhan tahun ini.

Ramadhan di rumah atau uia ?
Soalan ini tak akan wujud
Kalau Allah tak izinkan aku jumpa Ramadhan
Ya Allah. sampaikanlah aku. Sampaikanlah.
Sampaikanlah aku ke bulan Ramadhan.



Malam Ramadhan 1433h.
Memorinya masih kekal dan segar.
Seperti baru semalam memori itu terlakar.
Sudah hampir setahun rupanya
Ramadhan 1433h meninggalkan kita.

Okelah. Nak sambung belek buku.
Buku dah jeling-jeling dah.
Ada lagi satu paper
Pastu boleh lah aku lupakan uia.
Untuk sementara waktu. 

*Selingan*
Musim cuti sekolah dah habis, 
bermakna musim orang kahwin pun dah berakhir. 
Alhamdulillah. Dah tak adalah status2 tweet2 
Yang berbaur cemburu tengok kawan/sedara/sepupu/ kahwin. 
Kalau nak kahwin sangat. pergilah kahwin. 
Tahu..kenapa tak kahwin lagi.. 
Sebab tak ada calon kan? Kesian. Haha

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...