Monday, January 13, 2014

Takdir 2 : My two cents

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Two words : Pathetically Awesoooooooome!!

Hero : Angkasa Sakti
Geng Hero : Aizan Fahmi. Panglima Endless. Ketua Perang Izrayel Junjuki.
Mughirah Syu'bah. Panglima Ashok dan Panglima Arnav.
Ruh Faizan. Rib'i Amir. Khalid Al Walid. Ezakiel. Etc.
Kiai Songo : Kiai Hutan. Kiai Alam. Kiai Laut. Kiai Sunyi. Pertapa Arjuna. Fathan Auni. etc.

Kepala Geng Jahat : Sang Asura
Geng Jahat : O zero. Long Berk. Rafael. Makhluk Genetik.
Munafik : Hisyam Wakeel 

Hebat sangat tak tahu nak kata apa.
Novel ni memang bawa kita jauh dalam imaginasi
Macam mana diorang lawan dengan makhluk genetik.
Siap darah yang tersembur pun diorang boleh libas
Menjadi peluru and kena pulak pada geng Asura.

Kepercayaan diorang pada Allah 
Yang sangat kukuh.
Sangat mendalam.
Ukhwah watak2 ni yang sangat kuat.

'kalau benar cintakan kami, maka berjuanglah bersama kami hingga ke akhirnya'
Kata2 Aizan Fahmi pada Angkasa Sakti

Memang banyaklah kisah peperangan.
Sebab Sang Asura tu nak hapuskan Agama Langit.
Hero and the Geng lah yang mempertahankan Agama Langit.

Satu benda boleh puji Penulis ni.
Bila dia tulis aksi2 diorang berlawan.
Memang boleh melopong.
Lagipun diorang ada kuasa yang luas biasa.
Tumbukan Alam. Tombak Naga.
Yang paling hebat kat sini Jeneral End less.
Duduk diam pun boleh membunuh.
Aura dia memang hebat.

Rasa macam nak nangis.
Sebab hebat sangat.

Watak yang paling menyentuh jiwa End less lah.
Novel 1 dia masih belum beriman lagi dengan Agama Langit.
Dia pengikut Sang Asura.
Tapi most respected lah berbanding jeneral yg lain.
Pertengahan plot Novel 1.
Dia buat kejutan dengan menolong pihak Agama Langit 
Yang hampir tewas masa lawan dengan Geng Sang Asura. 
Itulah permulaan dia untuk menerima Agama langit.

Oh. Cukuplah spoiler ni.
Ke nak lagi ? Bhahaha
Walaupun Angkasa Sakti tu hero.
Penulis tak berjaya menambat hati pembaca (saya)
Dengan kehebatan Angkasa Sakti
Tak minat dia. Kbai
Sebab apa tau ?
Sebab dia teruji dengan 'wanita solehah'
Satu. Puteri Maisarah.
Satu. Izzati apantahnamanyatakingat

Ada satu part tu kan.
Dia hampir mati terkena serangan pasukan elit makhluk genetik.
Geng dia yg lain dah macam tak dapat tumpukan perhatian dah ni.
Sebab risaukan dia yg terkena serangan dahsyat tu.

Tapi dia tak mati. Sebab apa? Sebab apa?
Sebab serangan tu terkena pada permata 
Yang dihadiahkan Puteri Maisarah-'cinta dalam diam' dia
What ? Rasa macam tengah tengok cerita hindustan. 
kbai lagi.

Another two words : Endingnya Ntahpape.

Frust sangat rasa macam nak makan orang.
Sampai ke 'ceritera terakhir'
Apa yang dicari dalam novel ni langsung tak jumpa.

Sejak novel 1 saya tunggu pembalasan Sang Asura.
Terkecewa sebab dah sah2 lah tak ada dalam novel pertama.
Waktu tu tak tahu lagi ni novel yang ber'logy'
dan terkecewa lagi sebab dalam novel 2 pun tak ada oi.
Sang Asura tak kalah lagi. Walaupun O Zero. Long Berk dah mati !!!

Bila baca kulit belakang.
Novel kedua daripada trilogi Takdir bla bla bla.
Aimi. Trilogi! bukan dwilogi!

Kalau Sang Asura dah kalah dalam novel kedua.
Pastu Hilal Asyraf nak tulis menda dalam novel ketiga ?
Patutlah cepat je keluar novel takdir 3.
Idea/ilhamnya dah ada.
Sampai pembaca pun dah tahu apa.

Sebab tu lah aku suka baca novel dari belakang !
Tak lah terasa macam nak makan orang sangat.
Sebab dah tahu. walau macam mana pun plot dia berkembang.
Ia akan tetap berakhir macam tu !

I hate u Takdir 2 !
Semata sebab Sang Asura tak kalah lagi. Haha
Tak adalah. Novel ni sangat bagus sebenarnya. (big applause)
Tabik Hilal Asyraf.
Pemikiran dia bukan seperti manusia biasa2.
Dia ada anugerah istimewa yg Allah kurniakan padanya.
Sejujurnya.Saya tak boleh/dapat adapt cara dia handle sesuatu hal.
Tapi sangat meminati dia dalam penulisan novel aksinya.

Hero. Takdir 1. Takdir 2.

Takdir 2 : Percaya yang Tidak Sirna
9.5/10 bintang.

.2 hilang sebab watak Angkasa Sakti
.3 lagi hilang sebab endingnya yang tak sekuat plot perkembangan.
Plot yang awalannya pun dah hebat sebenarnya.
Tiba2 endingnya merudum sedikit.

*amboi. sedap je kritik orang*

Tapi jangan risau.
Duit anda tidak akan membazir.
Bagi yg meminati cerita superhero seperti saya lah.