Thursday, December 30, 2010

Rindukan Ukhwah Itu...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

credit to here


Salam Pertemuan...
Allah...Saya rindu sahabat-sahabat lama saya...
Lama dah tak duduk sama-sama...ketawa tak tentu hala...~xapa2...tak ada kaum adam..ngeh2..
Uia suka bagi cuti masa org lain tak cuti...
Erk..bila tak bagi cuti..marah.
Bila dah bagi..Tak puas hati lak..adeeeh..
Bersyukurlah Aimi!bersyukur...

Kalau ym pun terasa hipokrit..
Tetiba jadi someone yang sangat bersopan santun..
Tanya sepatah jawab sepatah...
Tanya khabar...study..bila cuti..
Pastu..tak tahu nak kata apa dah...

Rindu ukhwah kita yang dulu...

Hm...tak apa lah...
Biarlah ukhwah kita keranaNya...
Walaupun..dah lama tak bersua...
Dah lama tak bercerita...
Tapi...tak apalah...
kita tak akan pernah lupa mendoakan kesejahteraan sahabat kita..insyaallah (:

"Sahabat yang sejati ialah seseorang yang tidak pernah melupakan sahabatnya dalam setiap doanya"

ps: semoga saya mampu mencipta ukhwah yang baik dengan sahabat yang baru..maaf..saya jenis yang kurang bercakap..dan kurang mesra...mungkin perlu masa yang lama untuk saya menjadi sahabat yang baik kepada kamu :p

Monday, December 27, 2010

Silence...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Allahuakbar....
Terasa macam nak menjadi orang yang bisu dua tiga hari ni..
Tapi saya tak nak jadi orang yang pekak dan buta..
Mungkin suatu hari nanti..
Allah menguatkan hati saya sekuat-kuatnya...
Saya mampu mengatakan apa yang saya ingin katakan sebenar-benarnya...

Allah..niat hati nak tenangkan insan lain..
Alih-alih hati kita yang tak tenang....
Saya hanya mengatakan apa yang saya ingin katakan..
Tak berniat untuk tunjuk bagus...
Tak berniat untuk menyinggung sesiapa...

Sahabat...biarkanlah saya seketika...
Biarkanlah hati ini terawat sendiri...
Teruskan lah hidup dengan baik...

Allah...Dah lama rasanya tak bertanyakan khabar seorang sahabat ni...
Hanya mampu mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraannya....
Biarlah Allah yang menjaga dia di dunia ini...kerana DIA lah sebaik-baik penjaga..

Saturday, December 25, 2010

~Kitab Cinta Yusuf dan Zulaikha~

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kali ni nak kongsi sebahagian drpd kata2 yang ada dalam novel kitab cinta Yusuf dan Zulaikha written by Taufiqurrahman al Aziziy~novelis islamic novel indonesia yang cukup terkenal dengan novel2 cintanya yang sangat memberi inspirasi...
Inilah entri rindu yang dikatakan dulu tu...kalau nak baca..teruskan..kalau tak nak..anda tahu apa yang perlu anda buat..
Jangan ngutuk2 ye...nanti awak dapat dosa...saya pun..sebab jadi penyebab awak mengutuk..



Jawapan seorang ustaz muda yang ditanya bagaimana dia mampu bertahan merindui seorang gadis dalam diam selama tiga tahun walaupun dia tidak pernah menyatakan cintanya pada si gadis tu...akhirnya mereka berkahwin juga (kalau ada jodoh tak kemana)

"Pertama, adalah harapan dan doa kepada Allah SWT.
Ketika aku merindui dia, aku selalu teringatkan Allah.
Aku selalu bermohon padaNya agar Dia menguatkan jiwaku, memberikan pertolongan kepadaku, dan menunjukkan ku jalan yang terang.
Aku pasrah dan redha, ku serahkan jiwaku hanya kepadaNya. 
Aku yakin terhadap ketentuan dan takdirNya. 
Semakin kita bermohon kepada Allah, semakin dekat pertolonganNya dengan kita. 
Semakin kita mencintaiNya..semakin besar cinta manusia kepada kita. 
Bila kita sentiasa mengingatiNya, maka sudah tentu Dia turut sama mengingati diri kita."

Jawapan ustaz yang sama bila ditanya apakah satu dosa jika seorang gadis merindui seorang pemuda yang bukan muhram baginya.

"apa salahnya kerinduan? zina hati dan bukan zina hati itu merupakan hukum syariah, 
tetapi bagaimana syariah itu memandang persoalan perasaan manusia?
apakah syariah boleh menghukum perasaan seseorang? 
erti cinta, rindu dan kasih sayang kepada pasangan bukan mahramnya adalah fitrah. 
bila syariah menghakimi fitrah, itu sama ertinya menentang hukum Tuhan.
jadi, syariah hanya boleh mengingatkan seseorang agar berhati-hati. 
Syariah tidak boleh menghapuskan perasaan, melainkan membataskan dan mengarahkan perasaan itu agar sesuai dengan landasan agama dan kehendakNya"

~hanya berkongsi...semoga menjadi pengajaran kepada kita semua...dalam merindui kebaikan hambaNya..kita sepatutnya merindui kebaikan Pencipta hamba tu juga...Pencipta kita semua...Allahuakbar...

ps: tetibe terasa macam minat dengan Taufiqurrahman ni..sedangkan sebelum ni...mana sentuh sangat novel2 ni..macam nak cari je novel2 cinta Taufiqurrahman yang lain...

Saturday, December 18, 2010

Jom Ziarah Menziarah….!!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Imam Ahmad dan Abu Dawud meriwayatkan dari Ali r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Apabila seseorang telah menziarahi saudara seislamya, sebenarnya dia telah berjalan-jalan memetik buahan syurga sehinggalah dia duduk. Apabila dia duduk maka rahmat menaunginya. Jika di di waktu pagi maka 70, 000 malaikat berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu petang. Jika di waktu petang, maka 70,000 berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu pagi ".

Petang tadi..ikutlah ayah and mak gi umah bau-bau bacang kitorang..

Biras kepada dua pupu ayah…jauh tak?macam dah tak bau sangat je bacang tu..Pastu jumpa lah pulak ngan orang kampung..Duduklah semeja ngan diorang..

Tengah-tengah borak tu..tetiba pakcik tu tanya..
'Tu hok mana?'sambil pandang Mie (-_-)!!
Mak pun katalah…'anak jugak..second laz..'
'Oh…tak kenal…tak selalu nampak' pakcik tu kata lagi…

Mie?pakcik ni..saya selalu nampak pakcik..
Saya tahu pun pakcik ni sakit dulu…saya tahu pun nama pakcik..
Pakcik2…sampainya hati tak mengenali diri ku ini..haih..


Haha…tu lah pasalnya…bila mak ayah ajak gi kenduri kahwin ke…gi ziarah orang sakit ke…
Pegi rewang kawin ke..ikutlah..barulah orang kenal..
Barulah orang tahu kewujudan kita ni...kalau susah nanti…senanglah orang nak tolong..
Bila kita mintak tolong nanti…tak adalah orang ragu-ragu nak tolong..

Sebab tu lah kita dituntut untuk ziarah menziarahi…
Untuk rapatkan silaturrahim antara sesama saudara seislam kita…
Kan kita rasa seronok kalau kita pegi pasar…ramai orang tegur kita…
Pegi klinik..sibuk2 orang tanya kita kenapa…
Bila dah lama tak jumpa…orang datang umah..tanya khabar kita…bez kan kalau macam tu…

Sama lah jugak…kalau kita ziarah blog orang…tu pun blh merapatkan silaturrahim jugak..
Kalau tak nak komen pun…bagi salam pun dah bagus…
Sebab kita mendoakan kesejahteraan someone tu…
Janganlah tinggalkan sumthing yang tak tentu pasal…
Kalau orang tu baik..mungkin dia akan mendoakan semoga mereka akan mendapat hidayah…
Kalau orang tu kurang baik..sah2 dia maki2…haha..~erk…knp saya gelak..Astaghfirullah…


Oleh itu…jomlah kita pi ziarah orang jom!!
Tak kisah lah kat mana…tak kisah lah macam mana…haha..

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam dari Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam, beliau bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.

Ps : sebenarnya nak wat entri pasal rindu…muehehe~jgn fikir yg tak tentu pasal ye..tapi esok lusa tulat aje lah ye…cukup-cukuplah tu..tapi entri ni pun macam ada baur-baur kemerapuan sikit..ahaah…tak kisahlah..


Friday, December 10, 2010

Perang......!!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Exam Mid Term dah Start!!!
Cepat betul masa berlalu...
Pejam celik pejam celik...
Dah nak abis dah tahun 2010 ni..
Nasib baik pejam celik balik...
Kalau tak...Innalillah...

Gud Luck utk Sume!!
Peranglah dengan ikhlas..
Semoga Allah permudahkan jalan kita (:
 

ps : rindu dengan tempat yang penuh dengan ketenangan tu...Allahuakbar...

Monday, December 6, 2010

Takdir Dia yang Pasti!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Salam Pertemuan...


Jangan pernah mengeluh bila kita dtakdirkan ditimpa sesuatu musibah..
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..
Dia tak kan kurniakan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya...

Bila Dia menjemput insan tersayang menghadap Dia dulu...
Tenanglah...Doakan sebaiknya..
Allah lebih menyayanginya...
Semoga merea ditempatkan dengan para solehin..Amiin..

Bila Dia takdirkan benda kesayangan kita hilang...
Tenanglah...refleks diri kta...
Mungkin benda tu dah melalaikan kita kepadaNya...
Atau..mungkin kita tak mampu menggunakan benda itu sebaiknya ke jalan kebaikan..

Bila Dia takdirkan kita belajar dalam suasana yang sangat2 tak selesa untuk kita..
Bersabarlah...Dia nak kita faham segala situasi...
Supaya kita mudah menerima ilmu walau keadaan sesukar mana..segetir mana...

Bila Dia takdirkan seseorang melukakan hati kita...
Bersabarlah...Allah nak kita ingat Dia lebih daripada kadar yang biasa...
Bila kita sedih...kecewa...barulah kta ingat Allah sentiasa ada bersama kita kan...

Bila Dia takdirkan kita terjatuh cinta..
Bergembiralah...kerana ianya satu rasa yang sangat indah..
Terlebih indah jika rasa itu tidak melebihi cinta kita kepada Sang Pencipta Cinta..
Kawal lah ia...jika belum tiba masanya...Peliharalah ia sekuatnya..
Jika sudah tiba masanya...luahkanlah kepada dia yang benar-benar tercipta untuk diri kita..

ps: Aimi!!!!tak balik Nilai lagi???Ahaha...Esok kelas kul 11 tu...
Amik kesempatanlah...next week dah exam mid term...tak boleh balik..
Cepat kan masa berlalu...Hampir je kita dengan penamat hidup...
Allahuakbar...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...