Saturday, December 31, 2011

Cebisan kata al-Qalb


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Biarkanlah dia pergi, 
dia pergi untuk mengejar cintaNya . . . 

Janganlah kau gusar wahai sahabatku . . . 
Jika kau ada disebalik cintaNya . . . 
Pasti dia akan bertemu denganmu jua . . . 
Di dunia dan di SyurgaNya. . . 
Insya’allah . . . 





Ps : tutup muhasabah terakhir 2011 dengan muhasabah cinta (: 

Notacintahati : masih tercari bayangan untuk mengejar cinta NYA ~ Allah..cepat ! DIA memang sentiasa menunggu..tapi masa tidak akan pernah menunggu kita . . .

Friday, December 30, 2011

Back to School II


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

‘Mie ! time akak cuti bersalin nanti, nak ganti tak akak sekejap, satu bulan je ‘
‘Eh, boleh ke? Aku bukannya sekolah agama’
‘Ala, tak apa, nanti akak Tanya ustaz’

Begitulah perbualan antara saya dan kakak saya, oh skema sekejap~
Sebenarnya akak mintak tolong gantikan dia jadi ustazah
Kat sekolah sebelah hidung ni..
Allah, sebenarnya tak tahulah nak anggap ni sebagai satu rezeki ke apa..

Teringat pulak, dulu ada sorang ni tanya saya nanti jadi ustazah ke..
Tapi, saya katalah..tak mungkin sebab saya bukan drpd sek agama~
Kelayakan sekarang..kalau nak jadi cikgu kat sek agama..
Dia mesti ada student sek agama at least smpi form 5...

Tak kira lah ustaz sekarang muka macam mat rempit ke [bak kata mundzir]
Dia tu sebenarnya student sek.agama [eh apa kena mengena pun]

Tadi pi sekolah, akak nak paskan amanah dia..~
aih, tetibe terasa bahu ni sangatlah berat..
Kelas ada 40 orang, mengajar  darjah empat, lima, enam..
Allah, serius terasa sangat-sangat lah nervous..

Dengan GB yg sangat menggerunkan..tuluuuun..
And, satu-satu yg menggusarkan hati, kepala, otak saya..
Meja akak saya berhadapan dengan sorang ustaz ~  [peluh kat dahi sampai ke kaki]

Macam mana saya nak angkat kepala saya nnt~ [lap peluh then tepuk dahi]
Eh, bukan nak cakap saya ni bagus..
Konon pemalu sangat dengan lelaki..
Tapi, kalau awak..awak..dan awak..duk kat tempat saya..
Mesti korang pun tak akan angkat kepala jugak *angkat kening sebelah

Lagi satu perkara,
rezeki tu datang daripada sumber yg tak pernah kita terjangkakan kan..?!

Saya menginginkan orang memanggil saya cikgu satu masa nnt,
tapi Allah takdirkan saya dipanggil ustazah pada masa ini..~ Alhamdulillah..


ps : dup dap dup dap [mencabar sungguh cuti saya kali ini]

ps ii : saya masih lagi berharap kalau ada yg nak gantikan saya pulak :p [takuuuuut]

notacintahati : serahkan segalanya pada Dia, pasti Dia berikan yg terbaik [serahkan al-qalb terutamanya]

Thursday, December 29, 2011

Back to School !

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Okey Quick update!
Esok akan kembali ke sekolah...


Eh..kenapa aimi pegi sekolah tak ajak aku?

Apa pulak dia nak wat kat sekolah sengsorang?

Boleh percaya ke pun dia nak pi sekolah sengsorang ?

Eh jap! dia kata 'kembali', lain macam je bunyinya'


Oke..ada suara sumbang terdengar dibelakang [bajet nye budak ni]

Insya'allah selepas saya berjaya mengharungi hari esok, 
Saya akan sematkan memori itu disini...
Erm..utk siapa memori itu?
Of course untuk saya sendiri terutamanya,
dan kepada sesiapa yg sudi dirkongsikan cerita yg manis ini dengan saya *senyum

Rabbi yassir wala tu'assir
Insya'allah semuanya akan baik2 aje..




ps : nervous pulak aih..

notacintahati : Qalbi ! Be prepared!

Monday, December 26, 2011

again ! Be Rational . . .


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Status seorang hamba Allah :







Apa masalahnya pun kalau dia nak wat status macam tu ?

Tu lah, kan Hasan Al Basri pernah kata, bersederhana dalam menyintai dan membenci..
Korang terlampau mengagumi sangat bro ni, terlampau mengharapkan iman yg sempurna daripada bro ni..

Bila bro ni wat status yg 'lain' sikit..terus korang jadi mcm tu~
Be Rational ! dia ada hak nak luahkan rasa hati dia..

Ambil yg jernih, yg keruh tu tak payah lah terus buang, but at least kita amik iktibar..

kenapa sibuk buat entri ni? 
saya nak tunjuk betapa manusia sangat 'caring' dengan iman manusia yg lain..
Tak mustahil mana pun, disebabkan manusia kita boleh tersasar daripada jalan iman kita yg sebenar..Allah *urut dahi


Semoga Allah memegang hati ini dan tidak memperbolak balikkannya lagi..

ps : tahu siapa ke?shhh..jangan bagitahu sesiapa..oh~tak tahu?lagi bagus! *senyum

notacintahati : kenapa kita hanya mengharapkan kesempurnaan iman seseorang, tanpa pernah cuba memikir...layakkah kita mengharapkan kesempurnaan itu..Allah..




Sunday, December 25, 2011

Cinta Alif Ba Ta


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang  

Macam familiar je kan tajuk entri ni.. 
Sebenarnya tu adalah tajuk drama kat TV Alhijrah~ 
Ala-ala C U D IPT pun ada gak… 

Tapi, nak cerita sikit lah.. 
Hakikatnya sekolah agama sangat-sangatlah berlainan seperti apa yg dilakonkan dalam drama tu.. 
Ada pulak student lelaki pakai baju lengan pendek, haih~tak pernah dibuat orang 
Pastu dalam satu kelas bercampur student lelaki and perempuan utk prep malam,
siap boleh wat diskusi lelaki perempuan lagi~realistik lah sikit.. 
Sekolah agama kan tu, sepatutnya batasan2 macam tu sangat2 lah dijaga.. 

Kalau kat Samer tu, laluan aspura and aspuri pun berlainan.. 
Balik surau..lelaki kena ikut situ, perempuan kena ikut belas sana.. 
Samalah jugak kalau nak pi kelas ke mana-mana.. 
So~sangat lah ntah apa-apa, 
buat cerita budak sekolah agama prep malam bercampur lelaki perempuan.. 

Ingat lagi, time buat kelas tambahan ngan ustaz kat dewan masjid.. 
Susunan kerusinya macam meja bulat wat mesyuarat tu.. 
Yang lelaki berhadapan dengan perempuan tapi dalam jarak yg jauh lah semestinya.. 

Tapi ustaz suruh ubah kedudukan tu, 
Macam kat dalam kelas..pandang whiteboard~lelaki kat depan 
Ustaz kata mana boleh belajar lelaki pandang pmpn, 
pmpn pandang lelaki..haha~ 
Allah..Lama sangat tak jumpa Ustaz. 
Tengah Sibuk ngan kempen kut?opss~haha… 

Eh2 dah lah..saya bukannya apa~ 
Cerita tu tak berapa menggambarkan tatasusila student sekolah agama..
Takut nanti org pandang serong pulak, 
lagi2 bagi manusia2 yg tak memandang ilmu agama sebagai ilmu utama.. 

Saya macam tak berapa nak puas hati, jangan cakaplah jalan ceritanya~ 
Setakat tengok sekadar mengisi masa lapang boleh lah kut~bajet… 
So far lah..mana tahu esok lusa jalan ceritanya menjadi sangat hebat dan boleh kita jadikan teladan..Insya'allah.. 

ps : kenapa tetiba teringat vid i've been proposed?haha..sebab dia budak uia and cerita ni akan ada scene kat uia kut?Ntah~

notacintahati : sangat exited tgk Siti Saleha pakai stongan~comei

Saturday, December 24, 2011

' Emaan '


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Cant u tell me what Eman exactly tell u when you want to critic somebody, when you have seen something that very wrong, and how exactly the way u should take to let them know that they're wrong? !

You never think about Emaan whenever u wanna do something right...?

Astaghfirullah, nothing much to say..
Please watch ur steps..
Allah is watching YOU and ME too of course...


ps :berani bertindak kerana benar memang bagus! tapi kalau bertindak mengikut nafsu semata-mata tu yang tersasar tu.. *senyum

notacintahati : dedicated to him and his supporters


Wednesday, December 21, 2011

Diari : Berehat Sebentar Bersama Aimi !

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Rehat sekejap...
Pening pulak aih...
Macam manalah nak register subject..
Sedangkan tak tahu Lecturer tu best ke tak..
Subject tu merangkumi topic ape..aih..

Banyak songeh lah aimi !
Pedulik lah lecturer tu best ke tak..
Subjek tu susah ke tak..
Asalkan, kita belajar..
And, dapat ilmu dunia and akhirat..Insya'allah..
~Baik!


Btw, Syukran ya Sahabat-sahabat ku, 
atas perjalanan yang sungguh comel ini..hehe

Al Hambra ! Tak lah..Al hambra lagi cantik menusuk kalbu..disebabkan nampak air tu terus terbayang Alhambra..ni sebenarnya binaan di Morocco..apentah bangunan ni..hoho..



Selamat Tinggal..
Semoga ada lagi takdir yang akan tertulis antara kita..Insya'allah...

Semoga Berjaya..!!!

okey~mari sambung memeningkan kepala..! oyeargh !!!!

ps :  dah tak jumpa dah masjid Nilai, tapi tak apalah..nak suruh kawan yg duk nilai tu akad nikah kat situ..nnt boleh pi..haha

Notacintahati : Kekadang tu Dia tak bagi apa yang kita mintak sebab Dia nak bagi apa yang sepatutnya kita mintak~aiwaah

Friday, December 16, 2011

Betapa rindunya saya..

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari Selasa lepas ntah mimpi apa..
Mundzir ajak pi ziarah kawan dia kat Bukit Melawati
Nama kawan dia tu lontong..hahaha*selekeh!

Exited btul Tirah jumpe mereka2 yang comel tu..
Saya pulak sedaya upaya nak lari daripada makhluk comel tu..argh!menakutkaaan..
Tapi, mash lagi pelik, macam mana anak yang warna oren boleh berubah jadi hitam bila dah besar..hoho..dapat kat tirah ‘Dah Allah buat jadi macam tu’ teeeet..memang tak perlu dipersoalkan lagi..
Then, bergerak ke Kedai Makan pulak~oyeargh!

ni lah menatang yang comel tu..

Tapi sebelum tu, kami singgah ke Pantai Remis sekejap..
Keluar je daripada kereta, telinga terus tertangkap bunyi yang sangat saya rindui…
Waaaaaa~bunyi pantai, bunyi ombak yang menghempas pantai..
Subhanaallah…rindunya saya kat kampung….
Masuk-masuk kereta je..’Mak, bila kita nak balik kampong ni ?’
Tapi semua orang pun diam je..melayan perasaan…

pantai remis yg agak comot..sama macam budak sebelah tu pun lah..
 Then, singgah jap kat sejid mana ntah kat Jeram tu..
Tirah : ‘Kenapa parking keta kat sini, dah lah ada gambar pocong’..muahaha..
Ada signboard ‘Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan’ pastu ada mayat pulak kat situ..haha..seram jugak sebenarnya…

Next, teruskan perjalanan ke Kedai Makan..
Teiba mundzir pulak kata ‘Jalan ni macam jalan kampong kan ?’
Jalan sempit yang hanya boleh dilalui satu kereta, dengan tak ada lampunya…
Saya : ‘ Jomlah mak, balik kampong…’
Hm..Betapa rindunya saya…

Akhirnya…sampailah ke kedai makan..wahaha..masing2 muka bercahaya..
Tengah-tengah tunggu order tu, ada pulak kitorg dengar bunyi angsa..
Cari-cari rupanya kat sebelah tu mcm ada kawasan lapang and ada angsa kat situ…
Mundzir lagi ‘Uih, memang betul-betul balik kampong ni..’kitorg jumpa angsa kat kampong je lah...Mundzir pernah kena kejar ngan angsa tu..ahah..
Allah..betapa rindunya saya kat kampong..

Untuk terakhir kalinya..’Mak, jomlah balik…’*nada pilu tak boleh tahan
Mundzir : ‘Ntah mak jomlah…
Mak : ‘Klu teringat kat kampong, datang jer lah sini..kan sama je korang cakap tadi mcm kat kelantan..(gelak)*mak ni tak rock lah..
Ayah : ‘Bila mak cuti akhir tahun nnt kita balik lah’ (telah ditranslatekan kepada loghat kay-el)
Wah!Macam nak melompat pun ada..eh2..sekejap..
Mgu akhir cuti sekolah, saya dah start kerja lah..MAAAK!!!jomlah balik sekarang..waaaaa~~~

Ps : Perjalanan itu membuatkan saya semakin rindu pada kampung saya…

Notacintahati : Kami bukan tak nak balik, tapi sepertinya bukan takdir kami lagi untuk menjejakkan kaki ke bumi Serambi Mekah itu (‘:

ps 2 : saya tanya mak..ada macam jual muka tak letak gambar kat fb ke mana ke..mak cakap ape tau..'kenapa pulak, ko ada letak harge ke kat gambar muka ko tu? aiceh..mak ni betul2 tak rock lah..

Notacintahati 2 : Economics mmg jodoh saya..mueheheh

Monday, December 12, 2011

Contengan Jalanan Hlovate


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Apa guna baca novel yang penuh dengan cerita-cerita cinta yang konon islamik,
Penuh dengan watak-watak yang sangat soleh/ah daripada awal sehingga ke akhir cerita,
Tapi langsung tak mampu memberi bekas dalam hati-ah! 
Apakah qalb ini yang keras ala batu seperti K-Squre ? Astaghfirullah..

Tetapi lain sangat rentaknya jika dibandingkan dengan novel Contengan Jalanan ni, indeed! 
Novel ni bukan novel biasa..kekadang terasa kehadiran ‘Dia’ dalam setiap aksara yang tercantum..
Subhanaallah..impressive!!!


Contengan Pengalaman Perjalanan Cari Tuhan

Sangat-sangat terasa bond ukhwah antara Chad dan Fend..
Subhanaallah, manisnya ikatan itu yg tertegak kerana Allah..

‘Aku teringin nak masuk Syurga’
‘Siapa yg tak nak ?’
‘Kalau kau masuk dulu, tarik aku sama??’
Chad sengih. ‘Jom ambil air sembahyang.’

Dearest Chad,
Aku rindu kau,
Aku sayang kau,
Ada rezeki kita masuk Syurga,
Kita jumpa kat sana, bro.

Tak perlu ayat yang terlampau puitis, 
Tak perlu ayat yang berbunga-bunga untuk menafsirkan sesuatu perasaan..

‘Hati itu Allah yang pegang’-Fend

Cukup dengan perkataan yang ringkas, 
Tetapi mampu membuat air mata mengalir tanpa sedar..
Subhanaallah..’jampi’ apakah yang sebenarnya Hlovate gunakan..
Yang pastinya ‘jampi’ yang telah diilhamkan sendiri oleh DIA..

‘Cukup ke apa yg kita dah buat selama ini untuk dengan bangganya kata ‘aku la orangnya tg disebutkan dalam ayat ‘wahai orang beriman..wahai orang Mukmin..’golongan-golongan mukhsin tu?..Betul amalaan kita cukup untuk jadi orang-orang yang Allah sebut tu ? ‘ –Akmal

Allah..tersentuh..benar-benar tersentuh . . . . . . . . . . . . . . . .

Ps : Siapa nak saya hadiahkan novel ni pada dia ? *angkat kening sebelah

Notacintahati : Hidayah itu sebenarnya perlu dicari kan..? *senyum

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...