Sunday, February 26, 2012

Topik Hangat* angkat kening sebelah




Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Semalam kan..rumate yang berdua tu kan sibuk cerita pasal kahwin..eh..tetiba..haha

Ala..kita rasa orang dah selalu crita pasal kahwin kat sini..
almost everyday kita dengar orang cakap pasal ni.
jangan anggap ia sesyatu yg luar biasa sekarang..lagi2 isu kahwin awal..
macam dah jadi trend pulak..haha

Memang pun..macam trend pulak, tapi implikasinya kepada orang lain..
Terasa macam nak ada ‘seseorang’ jugak tahu!haha..
Okey macam mana nak kawal..tak payah baca apa-apa artikel or discuss pasal hal yang berkaitan..tapi kalau dah kiri kanan crita pasal benda tu, aih goyah jugak imanku..kuikui..gedik ouh~

Haha..jangan risau, tak lama lagi ada lelaki soleh pinang awak. Haha

Uit..siapalah saya..Insya’allah~awak juga ye * senyum ayu

Sila senyum ayu pada bakal zauj ye..haha

Oh tidak~ jangan buat saya berada di awang-awangan..hahha

Oke..minta maaf atas kegedikan entri ini..
Mula-mula memang rasa pelik, kenapa semua orang sibuuuuuuk..
Duk cerita hal ni..rimas pun ada kekadang..

Tapi..lama-lama..
Telinga ni dah lali..pedulik kanlah..
Kat sini ramai je kut yg jalan rapat2[harap paham maksudnya lah]
Kita anggap diorg dah kahwinlah kan..
Lagipun uia ni memang galakkan kahwin time study~siap bg saguhati lagi..

Tapi sahabat kata ikhtilat kat sini kurang terjaga sikit..
Kelabuhan tudung, kependekkan tunduk memang tak melambangkan kadar iman seseorang tu..

Tapi tak boleh ke..
kalau kita cuba kawal hati kita sekurang-kurang untuk menjaga nama baik insan lain yang seperti kita ?
Fahiimtum ? Laaaaaaaa~
Tak faham betul2 ke tak faham tipu2*sigh

Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami).

[Al Furqan : 74]

Ps : Baru saya faham, kenapa kawan2 saya macam ni dulu, rupa-rupanya wave tu dah samapai kat diorg, tapi blum lagi kat saya, tak apalah wave ni akan berlalu jugak nanti..so..Saboo je le yang mampu~

NotaCintahati : Mencari ketenangan disebalik bait-bait cinta ilmu Dia (:

Sunday, February 19, 2012

Pegangku Ya Rabb (':


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Di saat kamu benar-benar berpegang pada Allah, kamu kira Allah akan melepaskan tangan kamu?
Credit :  sidratulmuntaha

 
Tenanglah..
Sebenarnya Dia terlalu dekat
Kita terasa Dia jauh kerana kita sendiri yang menjauhkan diri kita padaNya ..
Tersenyumlah
Semoga Dia kan terus kekal dalam hati

Sayang Rindu Lillahita'ala )': 

Saturday, February 18, 2012

Format Hati ?

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Mari format laptop !!! weaaahuuu~

oke, mmg tak berfaedah update pasal menda ni..
yg pastinya saya nak format laptop ni..
Dgn virus yang dah tujuh keturunan hidup dalam ni..

Dengan bnyk program yg tak boleh nak bukak..
Dengan shortcut nya..
Dengan lambat loadingnya..haih~
Nak format..!! biar laptop ni jadi sesuci yang mungkin ..

Ehem..Al Qalb tu, tak nak format ke aimi ? *sceptical

Dengan virus pinknya...
Dengan titik-titik hitamnya ...
Dengan ke'tidakketenangan'nya ... haih~

Susah..susah..susah..
Kalau laptop kita perlukan cd utk format kan ?
tapi hati ni, kita perlukan bnyk perkara utk mem'bersihkan'nya menjadi sebersih yang boleh..betul tak ?

Betul tu aimi, 
tapi sedar tak ? semua yang kita perlukan tu hanya Dia yang boleh berikan ?!
Keimanan yang teguh, istiqamah, semangat ...
Kalau ikutkan, utk format hati tu kita hanya perlukan satu perkara..

Kita perlukan Allah..
kita perlu letakkan Dia dalam hati kita, 
Semoga hati kita akan menjadi seperti yang Dia kehendaki~insya'allah..



Thursday, February 16, 2012

Tempias Politik di Sini


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Assalamu’alaikum..
Okey nak kongsi sikit lah..
Ada satu malam tu,
Mata tinggal lagi 30 percent je nak tertutup time baca intro to management..haih

Tetiba ada kawan mintak tolong jawab satu survey,
Daripada sister political science ..
Nak tahu tak apa soalannya..
Antaranya …

Apakah pandangan anda mengenai bantahan yg diadakan terhadap isu penggantungan Prof Aziz Bari daripada Aikol ?
Setuju tidak setuju

Apakah Auku masih relevan sekarang ?
UMNO masih relevan sebagai parti dominan dalam membela nasib bangsa melayu?
Saya berpendapat PAS kekal di atas landasan perjuangan asalnya.
Masalah social dalam kalangan muda mudi kian meruncing.
BN lebih layak untuk memerintah berbanding PR.
Pelaksanaan hukum hudud merupakan solusi terbaik gejala social.
Jurang antara kaum berjaya diatasi di bawah konsep satu Malaysia.
Tindakan pemecatan Dr Hassan Ali daripada PAS adalah wajar.
Pengagihan baucer dan bantuan 1malaysia hanya sekadar mainan politik.

Sangat setuju, setuju, tidak pasti, tidak setuju, sangat tidak setuju~pilihan jawapan yg diberikan

Lepas baca ayat pertama je..
Mata terus segar bugar*selekeh
Tak sangka pulak hal2 macam ni boleh jadi ubat ngantuk saya ...
Eh..Jawapan saya ? P&I of course!

Kat musola kenms hari tu pun ada satu fliers..
JOMUBAHUIA~aicewaaah..
Siap mengutuk lagi SRC ngan Aspirasi and yg sewaktu dengannya kat dalam fliers tu..
Comel sangat lah tu~

Kat sini memang diorang kaitkan certain2 persatuan ni ngan certain2 parti, but I don’t know the truth behind it ..
Still freshie ! So..tak perlulah nak sibuk2 sangat hal ni lagi..

kalau sis2 and bro2 yg deen/deanlist je tiap masa,
Tak apalah klu nak buat prangai mcm ni pung~
Ehem jangan bazir waktu muda anda dengan mencari musuh ye aimi..ngeh2..

Kita bukalah sikit minda kita~
Yang baik, kita amek..
Biarlah walaupun kita kena bongkokkan badan dan mengutip kebaikan tu kan?
Yang tak berapa baik tu..haih~pandai2lah jaga diri yang masih comel dan bergaya tu *senyum sampai tak nampak mata


Dalam sebuah hadis lain, para sahabat radhiallahu 'anhum bertanya berkenaan pemimpin membenci dan mengutuk rakyatnya:
 
“Wahai Rasulullah! Apakah boleh kami menggulingkan mereka dengan pedang?”
Baginda menjawab: “Tidak, selagi mereka mendirikan solat di tengah kalian.
Jika kalian melihat pada pemimpin kalian sesuatu yang kalian benci,
maka bencilah perbuatan tersebut akan tetapi janganlah menarik ketaatan (daripada pemimpin tersebut)
 From : here

Sekian, wassalam …
ps : ada sorg lecturer ni selalu cakap ni university of jannah~aiceeh, lagi beratlah bahu ni ...

Friday, February 10, 2012

Aimi Zainudin KENMS


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
The Journey . . .
 
Assalamu’alaikum..!!!Salam Pertemuan !
Ntah apa2 publish entri bertajukkan nama sendri.. 
sebenarnya nak tekankan..yang entri ni memang semuanya tentang diri saya..kalau terasa macam boring je nak baca..
Please move ur cursor to the closest ‘X’ then, click!haha..
Alhamdulillah, sudah seminggu memegang amanah sebagai seorang pelajar ekonomi kat sini..
Suka saya nak bagitahu, yang saya ni student EKONOMI !haha..utk pengetahuan, course ni tak ramai pun yg apply..setakat ni ada dua orang termasuk saya yg betul2 nak sambung Econs..yg lain tu, sbb kelayakan tak berapa nak cukup utk apply major yang lain..kuikui
Tapi, saya suka~Alhamdulillah, takdir saya.
Pada mulanya, memang sakit kaki sebab bnyk sgt tangga kat sini, pastu besar kut~tapi kak cda kata UM lagi besaaaar~so tak boleh lah nak merungut lagi lepas ni.
Tapi yang tak boleh tahannya, saya ni gayat -.-
Jemur kain tingkat dua pun terketar lutut..tingkat dua je pun! Adeeh~
Nasib baik kelas semuanya kat tempat tertutup..kalau lah tetiba lecturer nak ubah angin, buat kelas kat tingkat empat tanpa bumbung dan dinding, memang sengaja cari pasal dengan org yg gayat lah kan~
Credit to Kak Husnaaa!! Biru itu menawan~kan?haha..   
 
Lepas tu kan, saya baru seminggu jadi student kat sini, tapi saya dah terdengar suara2 sumbang lagi menyumbangkan~
Bila saya bertanyakan tentang sesuatu perkara ni, janganlah cakap..’awak student u ni, suasananya islamik, pasti awak lebih faham tentang perkara ni berbanding saya’~oh..kalau boleh jelling dia, memang saya dah jelling dah..
Tak bermakna saya ni student u yang islamik ni, saya faham segala2nya..lagi2 kalu bab Alquran/hadis..lagilah saya tak faham sangat, sbb tu bukan bidang saya..get it ?
Kekadang tu, saya terasa mcm saya ni kurang ‘islamik’nya sebab tu Allah takdirkan saya untuk berada di sini, utk mendapat tarbiyah kat tempat islamik ni..
Eh..berapa kali nak ingatkan..islam tu ada dimana2 jika kita bawa ia bersama di dalam hati kita..tak kisah lah walau dimana pun kita berada..right dude?
Untuk terakhirnya, ujian utk mata dan hati sangat2 lah hebat disini, macam mana saya menundukkan pandangan pun,kekadang saya tertewas jugak~wuuuuu...Astaghfirullah…
Baru sekarang saya faham, kenapa si dia, si dia, dan si dia mengambil keputusan seperti itu..
Tapi kan, kalau lah nikah waktu study ni, masalah hati tak akan timbul dah kut kan?kut lah..haha..oke mengarut~
Cukuplah tu, hidup ini adalah satu ujian..ujian hidup kat u ni, mungkin antara yang terbesar setakat ni Allah berikan pada saya..xpalah..saya tahu Dia sentiasa baik dengan saya *senyum
Begins Here  . . . .
Ps : kenms stand for kuliyyah of economics and management sciences..ngeh3..
Notacintahati : doakan saya lagi ):

Monday, February 6, 2012

Iktibar Tudung yang Berlubang


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tengah syok2 tengok tv siang tadi,
Tetiba ' aaaaaaaa...!!!!' Kak Syida menjerit ...
Rupa-rupanya dia telah melubangkan tudungnya sendri dengan seterika..wahahah

Kitorang gelak tak henti, ayah sampai tak keluar suara gelak sebab boleh pulak my ukh tu nangis sbb tudung dia berlubang..
Ayah siap cakap lagi, kalau lah tok laki dia yg buat..
tak tahulah apa nak jadi..huhu

Kaum hawa ni memang sensitif sikit bab tudung..
Sebab tudung ni mahkota kami ...
Tak mungkinlah nak keluar pakai tudung berlubang / berkedut kan ?

Islam ni mementingkan kebersihan, kekemasan dan kesucian ...
Pakailah tudung nak labuh sampai lutut pun, asalkan bersih and kemas..
Nampak macam remeh kan soal kekemasan tudung ni..
tapi mungkin kita boleh menarik minat org yang bukan islam dengan akhlaq kita yg comel tu ...

Pastu mak pulak kata 'dah sampai masanya ...nak buat macam mana, jangan terlampau sayang sangat kat satu benda ni, Allah pasti akan amik jugak suatu hari nanti '

Betul lah kan, macm tu lah jugak Khalifah Ali and Hassan Al-Basri selalu pesan ..menyintai dan membenci sekadarnya sahaja ...
Kita tak boleh lah nak expect, kepunyaan kita tu akan menjadi milik kita untuk selamanya ...
Samalah jugak macam manusia kan *mengeluh ..Allah...

Semakin kita menyintai sesuatu itu, semakin tinggi harapan kita kepadanya,
Semakin tinggi harapan itu, semakin senang kita akan terluka kerana kecewa...
~hamba


Akhirnya, semua akan kembali kepada Allah ...
Kepada Allah kita kembalikan redha kita, pasrah kita, tawakkal kita, keikhlasan kita *senyum

Notacintahati : Doakan saya (':

Sunday, February 5, 2012

Habibullah [ Kekasih Allah ]



Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Saat kami ditanya oleh ustazah kami …
‘kalaulah Nabi ada di hadapan kami sekarang..apa yang kami nak cakap ?’
………………………………….
[tiada suara kedengaran, hanya monolog sendri]
Air mata kami hampir jatuh menyapa bumi …
Ingin dicium tangan baginda, ingin dicium kaki baginda …
Ingin diusap kepala ini oleh baginda …

Allah … Allah … Allah …
Layakkah kami berhadapan dengan baginda yang begitu mulia itu …

Malu ingin mengakui yang kami merindui baginda,
Apatah lagi ingin mengakui yang kami menyintai baginda,
Sedangkan sunnahnya jarang jarang kami lazimi,

Sunnah tu banyak kan, kalau yang satu tu tak mampu, insya’allah ada sepuluh lagi mampu  dilakukan .


ps : Baru habis taaruf week~Takut pulak nak start kelas ni ...
Semoga semangat perjuangan Rasulullah menyerap ke dalam hati sempana Maulidurrasul ni ... 

Notacintahati : Terima Kasih Ya Allah … Terima Kasih Ya Rasulullah …

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...