Saturday, July 11, 2015

Book Review: Kota Teroris Zodiak

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Akhirnya bertemu juga sister dengan sebuah buku indie yang menarik perhatian sister.

Sister kena akui lah sister suka baca buku yang ada plot lawan2 ini. 
So malas dah lah sister nak baca buku yang tak ada pukul memukul ini. Nanti sister kata buku tu tak best. Ada pula yang terasa nanti. 

KOTA TERORIS ZODIAK oleh Amirul Idham


SPOILER ALERT!

Simple sahaja plotnya.
Seorang pemuda psiko yg hidup untuk membalas dendam kepada manusia2 talam dua muka yang bertanggungjawab ke atas kematian ibu ayahnya.
Dan bagaimana pihak polis yang diketuai oleh Hero Shah menangkap Zodiak yang licik.

Kah. Rasa macam tengah tulis sinopsis untuk buku nilam sekolah.

Tapi yang menjadikan buku ini lain sikit bila penulis buatkan nyawa itu terlalu murah. 
Sekelip mata 20 orang terbunuh. 
Sekejap je dah 279 followers mati.
Tup tup famili semua terbunuh.
Kepala hancur, bakar, letupan. 
Semuanya nampak normal.

Dan gaya pembunuhannya memang nampaklah Zodiak ini memang sakit jiwa betul. 

Yang paling menikam jiwa.
Bila Zodiak sembelih anak satu watak talam dua muka ini dan golekkan kepala anaknya ke kaki dia.

Blergh.
Nasib baik ini adalah a writing.
Kalau lah cerita atau video.
Memang sister akan cucuk mata sister seterusnya mata director cerita tu sekali. 

Tapi malangnya sister boleh agak siapa Zodiak sebenarnya sejak daripada awal kemunculannya lagi.
Mungkin plotnya yang terlalu simple mengurangkan unsur2 kezutan.

Unsur kezutannya pada gaya Zodiak membunuh watak2 talam dua muka yang sememangnya rare lah. 
Siap terkeluar habis usus isi perut bagai.

Tapi sister macam tak boleh terima bila konco2 Zodiak baling bom ke dalam liang lahad masa nak turunkan mayat dan kebumikannya.

Lepas baca tu, 
Sister kena rehat sekejap sambil tenangkan fikiran.

'Sister. Ini tipu je sister. Realitinya mana ada orang sampai hati buat kacau kat tanah perkuburan. Apa nak kena direct azab dari Tuhan?'. 

Satu lagi rasa macam tak berapa nak logik.

'Agak2 boleh ke kita kepit tangan pihak lawan kita dengan ketiak sampai pihak lawan tu rasa sakit betul dan boleh bantutkan pergerakan dia? Boleh ke?'

Cuba try kat kawan sebelah. Boleh tak agak2.

Sebenarnya banyak lagi yang power sister nak share tapi tak adil lah pada Penulisnya kan. 

Whatever it is, sister rasa sangat cool kerana mempunyai buku ini dalam collection sister. Kah.

'Hati aku ini dah hangus terbakar oleh api neraka. Takda apa yang boleh memadamkan api yang dah pun hangus membakar hati aku'
-Zodiak.

Dan sebenarnya.
Manusia2 yang bertindak seolah tidak mempunyai hati itu
Adalah manusia yang tidak pernah diisi hatinya dengan kasih dan sayang manusia lain.

Oleh itu. Satu ja sister nak pesan.

Marilah sebarkan bahagia.
Spreads unconditional love and unlimited kindness to the world. 
Yosh!

Ps : sebab tu lah jugak ke sister suka tengok cerita Ultraman dengan Ip Man. Sebab ada lawan2. Baru perasan. 
Haih. Sister ini tak ayu langsung.